Provokasi Perbezaan Mazhab Adalah Komplot Zionis



Ustad Abdul Ghani Shamsuddin

Pemimpin Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia dalam wawancara bersama wartawan IRNA baru-baru ini  menegaskan bahawa konspirasi musuh Islam, Zionis sedang berusaha menghancurkan Islam melalui provokasi perbezaan mazhab.Ustaz Abdul Ghani Shamsudin menambah, “Negara-negara Islam dalam keadaan sekarang tidak sepatutnya lupa tentang musuh aslinya iaitu Israel.

“Kehadiran Israel di rantau Timur Tengah menunjukkan bahawa permusuhan ini -iaitu regim-, dengan Islam dan umatnya tidak akan sekali-kali berakhir. Mereka punya banyak rancangan untuk menghadapi dunia Islam”.

Beliau menegaskan lagi, “Keadaan di negara-negara Islam dan Arab sekarang dalam menghadapi musuh ini sentiasa dua kali lebih bahaya”.

Tambah beliau, “Situasi sekarang dalam beberapa negara Islam menunjukkan konspirasi sedang berlangsung sehingga tuntutan rakyat beragama Islam bertukar menjadi perselisihan kaum dan mazhab. Politik syaitan ini bukan sahaja ingin menghalang tuntutan-tuntutan sebenar rakyat yang berhasrat menukar regim diktator, malah mereka berusaha memutar belitkan pemikiran awam di negara Islam dan Arab supaya terjadi perbalahan di antara kelompok yang berbeza dalam Islam”.

Pemimpin Himpunan Ulama Malaysia ini menerangkan, “Warga Mesir, Tunisia, Bahrain, Yaman dan Libya bangkit setelah bertahun lamanya bersabar dalam menghadapi penghinaan dan kezaliman pemerintah, mereka inginkan dikembalikan hak-hak rakyat yang telah dinafikan”.

Beliau menambah, “Malangnya beberapa peristiwa yang terjadi di dalam negara-negara Islam dan yang dilakukan oleh pihak kerajaan tersebut ada kaitan dengan politk kuasa besar Amerika dan Zionis”.

Cendiakawan Malaysia ini memberikan penjelasan tentang betapa pentingnya kewaspadaan penganut agama Islam supaya menjaga perpaduan umatnya. Beliau berkata, “Perjalanan negara-negara Islam hendaklah tidak cenderung dengan musuh iaitu Israel. Tuntutan rakyat untuk demokrasi dan keadilan Islam yang dialih ke isu perbezaan kaum dan mazhab akan menguntungkan Israel dan Amerika. Pemecah belah dan perselisihan menunjukkan kedhaifan umat Islam dalam menghadapi Israel”.(IRIB) ) (arridha.com) abna.ir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s