Tahun Baru Cina-Gong xi fa cai


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itikdaging salaisosej, kuih pulut, danlimau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singaakan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar ChinaHong KongIndonesiaMacauMalaysiaFilipina,Singapura,[1] TaiwanThailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia(Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

Ucapan

Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang dikenali sebagai “ungkapan pembawa tuah” (Cina Tradisional: 吉祥話, Cina Ringkas: 吉祥话, pinyinjíxiáng hùa).

Selamat Tahun Baru

“Selamat Tahun Baru” (Tulisan Cina Tradisional: 新年快樂; Tulisan Cina Ringkas: 新年快乐; pinyinxīnnián kuàilèBahasa Kantonis (Yale):sānnìhn faailohkbahasa Hokkien (POJ): Sin-nî khòai-lo̍k) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian utara China, “guò nián hǎo” (Cina Tradisional: 過年好, Cina Ringkas: 过年好) yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.

Gong xi fa cai

Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong

Gong xi fa cai” (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發財; Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财; pinyingōngxǐ fācáiBahasa Kantonis (Yale)gūnghéi faatchòihbahasa Hokkien(POJ): Kiong-hí hoat-châibahasa HakkaKung hei fat choi), yang diterjemah sebagai “Tahniah dan semoga mendapat rezeki”. Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan “Selamat tahun baru” mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk)[21]; manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).

Ucapan lain

Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun baru dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian “Suìsuì píng’ān” (Cina Tradisional: 歲歲平安, Cina Ringkas: 岁岁平安) diucapkan serta-merta, yang bermakna “semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun”. 歲 (Suì, bermaksud “usia”) sama bunyi dengan 碎 (“pecah”), sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina “bermain-main” dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara yang sama, 年年有餘 (Niánnián yǒuyú), hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata yú yang juga ditulis 魚 (ikan), menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah.[3][10]

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan Singapura.

Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional: 恭喜發財,紅包拿來, Cina Ringkas: 恭喜发财,红包拿来, pinyin:Gōngxǐ fācái, hóngbāo nálái), yang diterjemah menjadi “Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau.”

Pantang-larang sewaktu perayaan

Tuah baik

  • Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
  • Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
  • Gula-gula dan manisan dimakan untuk “memaniskan” nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
  • Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
  • Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
  • Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang (“Tuah buruk”)

  • Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi “kasut” sama bunyinya dengan perkataan “kasar” atau “sukar”.
  • Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi “seluar” sama bunyinya dengan “pahit”. (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi “seluar” dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan “kaya”.)
  • Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai “memotong hasil dalam bahasa Kantonis”.
  • Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
  • Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
  • Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
  • Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi “buku” sebunyi dengan perkataan bagi “kalah”.

Rujukan

  1.  http://www.yoursingapore.com/content/traveller/en/browse/whats-on/festivals-and-events/chinese-new-year.html
  2.  “Nian”. About.com. Dipetik 2008-01-21.
  3. ↑ 3.0 3.1 3.2 3.3 “春节 CHUNJIE, Spring Festival (The Chinese New Year) (1st of the 1st month)”. huayinet.org. Dipetik 2008-01-21.
  4. ↑ 4.0 4.1 “Chinese New Year’s Eve Dinner aka Reunion Dinner”. Everything2. 2004-01-20. Dipetik 2008-01-21.
  5.  “Chinese New Year Customs Around the World”. Quick Brown Fox. 2006-03. Dipetik 2008-01-21.
  6. ↑ 6.0 6.1 “Celebrating Chinese Lunar New Year in a Cantonese’s Way”. Dipetik 2008-01-21.
  7.  “Chinese New Year”. Kiwi Families for Passionate Parents. Dipetik 2008-01-21.
  8. ↑ 8.0 8.1 “Yan Yat: Everybody’s Birthday”. Christine O’Keeffe’s New Year Legends. Dipetik 2008-01-21.
  9. ↑ 9.0 9.1 “Lo Hei”. Mana Makan – The Feast Crusade. 2006-01-28. Dipetik 2008-01-21.
  10. ↑ 10.0 10.1 10.2 “Yu San (Chinese New Year Fish Salad)”. DimSum. 2001-01-01. Dipetik 2008-01-21.
  11.  “Chinese New Year”. HK Information. Dipetik 2008-01-21.
  12.  Firecrackers Singapore
  13.  Yardley, J.. “Bang is back for Beijing’s New Year“, International Herald Tribune, 2006-01-27.
  14.  Book soul 1970
  15.  Chingay Past
  16.  Akbur M., Peer (2002). Policing Singapore in the 19th and 20th centuries, 100, Angkatan Polis SingapuraISBN 981-04-7024-X.
  17.  “Singkawang dan Pinyuh Sepi Petasan, YBS Setuju Imlek Tanpa Petasan“, Equator Online, Kalbar, 2003-01-30.  Dipetik 2008-01-21.
  18.  “Can you pig it? New York goes hog-wild for Chinese New Year“, New York Post, 2007-02-17.
  19.  “HAPPY NEW YEAR part 3, News Archive – Feb 2003”. 2003-02-03. Dipetik 2008-01-21
  20.  “fu dao”. Everything2. 2002-12-23. Dipetik 2008-01-21.
  21.  “The origins and meaning of Gong Xi Fa Cai“, Daily Express, 2007-02-17.  Dipetik 2008-01-21.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s