Imam Khomeini, Keperibadian Multi Dimensi

Imam Khomeini

Imam Musa Al-Kazim a.s telah berkata : ” Akan ada seorang lelaki dari ahli Qom yang mengajak umat manusia kepada kebenaran yang berhimpun bersamanya satu kaum yang seumpama kepingan besi yang tidak dapat digoncang oleh angin yang kencang dan tidak bosan dari peperangan dan tidak takut dan mereka bergantung kepada Allah.”
Secara jelasnya Imam Musa Al-Kazim a.s memberi gambaran ciri-ciri yang ada pada seorang lelaki yang begitu hebat serta tidak gentar dan takut kepada sesuatu melainkan kepada Allah s.w.t . Imam Musa Al-Kazim a.s telah memberi satu gambaran kepada kita tentang seorang lelaki yang akan membawa satu perubahan yang besar dalam sejarah masyarakat ini. Pada tahun 1959, Al-Marhum Imam Khomeini telah memberi nasihat kepada masyarakat Iran berkaitan dengan manusia. Beliau berkata : ” Manusia tidak memiliki satu dimensi tetapi memiliki pelbagai dimensi. Antara dimensi keperibadian yang Imam Khomeini miliki seperti berikut :

1. Dimensi makrifat dan keilmuan.

a) Merangkumi kepelbagaian disiplin ilmu.

Dimensi makrifat dan keilmuan ini merangkumi kepelbagaian disiplin ilmu seperti pengkhususan ilmu Fiqh, Irfan , Filsafat, tafsir dan kesusasteraan. Imam Khomeini telah menguasai keseluruhan ilmu tersebut dengan sangat cemerlang.

b) Menghidupkan agama di zaman ini.

Di peringkat awal sekembalinya Imam Khomeini dari Perancis, beliau berusaha untuk menghidupkan pelaksanaan syariat Islam dalam kalangan masyarakat Iran. Namun Imam Khomeini berhadapan dengan satu kelompok pemikiran sekularisma. Pemikiran sekularisma ini terlalu menebal di dalam masyarakat Iran. Cabaran hebat yang harus diharungi oleh Imam Khomeini untuk mengubah tanggapan serong serta pemikiran yang amat cetek masyarakat terhadap agama Islam.

c) Renovasi keagamaan.

Seterusnya Al-marhum Imam Khomeini berhadapan cabaran dalam membuat satu renovasi dalam hal berkaitan keagamaan. apa yang dimaksudkan tentang renovasi keagamaan ? Ini berkaitan dengan membuat satu anjakan pemikiran serta pemahaman agama dalam kehidupan seharian merangkumi pelbagai sudut. Antara perkara yang mengalami proses transformasi seperti pemahaman keagamaan dalam bentuk pemerintahan, menggabungkan kesenian dengan tatacara syariat Islam, perbahasan berkaitan dengan falsafah amali Fiqah. Namun dalam usaha dalam menggerakkan renovasi keagamaan ini al-Marhum Imam Khomeini berhadapan dengan satu kelompok yang disebut sebagai ” Iltiqat ” . Apakah yang dimaksudkan dengan golongan Iltiqat ? Perlu diperjelaskan dengan sejelasnya bahawa golongan ini amat bahaya kerana mereka ini membawa pemahaman keagamaan mengikut tafsiran mereka sendiri. Sebagai contoh golongan ini mendapat pendidikan dari disiplin ilmu sosialis namun mereka ini telah mencampur adukkan kefahaman sosialis dengan ajaran Islam. Mereka ini telah memesong pemikiran masyarakat dengan membawa Islam dengan cara mereka sendiri. Golongan seperti ini cuba menandingi golongan ulama’ dengan merasakan mereka adalah ahli kebenaran.

2. Dimensi akhlak.

Dimensi akhlak merupakan dimensi yang mempunyai satu kekuatan tersendiri. Ini kerana akhlak atau keperibadian Imam Khomeini begitu tinggi. Sabda Rasullullah s.a.w. ” Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kenuliaan akhlak ”. seperti mana yang kita ketahui yang Imam Khomeini mempunyai kesopanan dan kebijaksanaan dalam semua aspek kehidupannya.

3. Dimensi seni

Dari dimensi seni, Imam Khomeini merupakan seorang yang mempunyai kesenian yang amat menarik. Kesenian yang dimiliki olehnya berkaitan dengan kesenian dalam memberi khidmat kepada agama Islam. Dalam memberi penjelasan berkaitan keagamaan, beliau mempunyai kesenian yang tinggi serta penjelasan yang mudah dan penuh dengan daya tarikan. Bukan sekadar dalam penyampaian sahaja bahkan juga dalam penulisan ketika mana beliau menggerakkan penanya. Penulisan yang dihasilkan oleh Imam Khomeini amat kreatif serta mampu mempengaruhi pembaca. Itulah kelebihan Al-Marhum Imam Khomeini dalam dimensi ini.

4. Dimensi sosial

Dalam membicarakan dari sudut dimensi sosial, Imam Khomeini merupakan seorang reformer atau tokoh pembaharuan kepada masyarakat Iran. Ketika kali pertama Imam Khomeini menjejakkan kaki ke bumi Qom, beliau sudah menjadi tonggak dalam menggerakkan gelombang pembaharuan kepada masyarakat Iran, khususnya tekanan yang beliau berikan kepada pemerintahan Syah serta golongan ulama’ yang menjadi terompah kayu kepada pemerintah. Pergolakan politik Iran sudah menjadi asam garam kehidupan baginya. Tidak ada istilah takut kepada manusia atau menjadikan selain Allah sebagai sembahan. Cabaranj paling hebat apabila beliau terpaksa berhadapan dengan golongan Istikbar. Golongan ini adalah terdirin daripada golongan pemerintah yang zalim serta menggunakan kekuasaan untuk tujuan kezaliman serta penindasan. Pengorbanan yang tertinggi yang terpaksa ditempuhi oleh Imam Khomeini adalah syahidnya anakanda tersayang iaitu As-Syahid Ayatullah Sayyid Musthafa Musawi.

Golongan mustad’afin merupakan golongan yang sering didekati oleh Imam Khomeini. Beliau mewarisi sifat ini dari ayahnya yang merupakan pembela bagi golongan yang lemah serta tertindas. Beliau menjadi pembela keatas sebarang bentuk penindasan yang dilakukan oleh pemerintah zalim.

Ketika beliau mencetuskan Revolusi Islam Iran, antara perkara utama yang menjadi tonggak perjuangan Imam adalah keadilan sosial. Beliau merupakan pejuang, pembela serta mengangkat martabat para wanita. Kata-kata beliau yang ulung dalam membela hak para wanita adalah seperti berikut : ” Dalam ajaran Islam wanita memiliki hak yang sama seperti lelaki dalam hal berkaitan pendidikan, pekerjaan, hak untuk mengundi dalam pilihan raya serta hak untuk diundi “.

Di samping itu, Imam Khomeini mencetuskan revolusi baru dengan memberi hak untuk membuat pemilihan kepada seluruh masyarakat Iran dalam menentukan pemimpin mereka.

5. Dimensi keimanan

Akhir sekali dari dimensi keinmanan merupakan merupakan dimensi terpenting dalam membicarakan tentang keperibadian al-Marhum Imam Khomeini. Seluruh kehidupannya dipenuhi dengan berinadat kepada Allah s.w.t. Seluruh pemilikannya diletakkan di jalan Allah s.w.t. Tiada apa yang teristimewa yang ditinggalkan olehnya kepada ahli keluarganya melainkan alatan peribadi serta kitab-kitab yang telah diwakafkan untuk perpustakaan miliknya.
Di samping itu beliau merupakan ahli Irfan yang hebat sama ada dalam bentuk teori mahupun ahli qalbu yang mana boleh ditafsirkan sebagai ahli ” irfan amali ”. Beliau bukan sahaja hebat dari sudut amali malah hebat dalam mendidik hati serta amalan-amalan irfan .
Nasab Imam Khomeini bersambung terus kepada Imam Musa Al-Kazim a.s. Maka dengan nasab yang suci ini, beliau mewarisi akhlak yang terpuji. Beliau begitu asyik dalam membicarakan kelebihan serta keutamaan Ahlul Bait Rasullullah s.a.w. Kecintaan beliaubegitu mendalam dalam memperjuangkan hak Ahlul Bait serta menyampaikan risalah Ahlul Bait kepada masyarakat umum. Keasyikannya kepada Ahlul Bait begitu tinggi di dalam dirinya.

Imam Sadiq a.s bersabda :

Akan sepi Kufah dari mukminin dan akan menyorok ilmu darinya seperti menyoroknya ular di dalam lubangnya. Kemudian akan zahir ilmu itu di sebuah kota yang dipanggil Qom dan menjadi lambang ilmu dan kemuliaan sehingga tiada mustadhafin di muka bumi tentang agama sehinggakan wanita di kamar mereka dan perkara ini adalah ketika hampirnya zuhur orang yang akan bangkit dari kami ( Imam Mahdi a.s ) lalu Allah s.w.t menjadikan Qom dan ahlinya, timbalannya, hujah Allah s.w.t dan kalaulah tidak sedemikian pasti runtuh bumi ini dengan penghuninya dan tiada lagi hujah di muka bumi lalu tersebarlah ilmu-ilmu dari qom ke kota-kota lain di Timur dan Barat. ( Bihar Anwar : Jilid 6)

Petua : Rasullullah s.a.w bersabda bahawa bersolawat ke atasku adalah penyebab bagi penyucian bagi amalan-amalanmu.(IRIB) (arridha.com)

 

More articles :

» Pemikiran Imam Khomeini Adalah Jalan Terbaik Menghadapi Kuasa Angkuh Dunia.

Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) yang baru, Mohamad bin Sabu berkata, “Pemikiran Imam Khomeini adalah jalan terbaik menghadapi kuasa angkuh dunia”Menurut Agensi Berita Iran (IRNA) di Malaysia, Timbalan Presiden PAS yang baru ini…

» Teori Wilayatul Faqih Imam Khomeini Sesuai Dengan Fundamental Islam

» Persamaan Antara Revolusi di Mesir Dan Iran

» Sosiolog Indonesia: Syahid Muthahhari Berjasa Membuka Pemikiran Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s